Thursday 5 November 2015

Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong mengambil bahagian dalam perbahasan dalam peringkat jawatankuasa perbekalan kerajaan Selangor 2016 mengenai JKR Hulu Selangor


Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong mengambil bahagian dalam perbahasan dalam peringkat jawatankuasa perbekalan kerajaan Selangor 2016 mengenai JKR Hulu Selangor pada 5 November 2015. Teks ucapan adalah seperti berikut:

Tuan Pengerusi, saya rujuk kepada mukasurat 95 butiran 505800 JKR Hulu Selangor, kod objek yang sepatutnya ialah 30000 Aset tetapi tidak tertulis dalam butiran JKR Hulu Selangor seperti mana terdapat di butiran JKR Hulu Langat dan sebahagian JKR Daerah yang lain. Saya harap pada tahun depan kod ini boleh diselaraskan.

Saya pernah menanya melalui pertanyaan bertulis pada awal tahun ini mengenai jenis peralatan yang sedia ada seperti skylift dan sebagainya untuk penyelenggaraan jalan JKR di Hulu Selangor.

Jawapan yang diperolehi daripada pertanyaan bertulis tersebut ialah 5 jenis peralatan yang sedia ada adalah shovel (1 unit), Backhoe (2 unit), Tipper (2 unit), Flat Bottom (2 unit) dan Chainsaw (3 unit). Ini bermakna JKR Hulu Selangor tidak mempunyai skylift.

Tuan Pengerusi, skylift adalah satu peralatan yang penting bagi melakukan kerja-kerja in-house supaya pokok-pokok ditepi jalan JKR diselenggaraan dgn baik & tidak berlaku pokok tiba-tiba tumbang atau sering berlaku pokok menghalang laluan pengguna jalan raya.

Apatah lagi Jalan JKR di Hulu Selangor yang tepinya banyak pokok-pokok besar dan tua. Ini memang memerlukan skylift untuk kerja-kerja menebang dan mencantas pokok tersebut.

Saya harap Kerajaan Negeri boleh memperuntukan sejumlah wang untuk semua JKR daerah memiliki skylift bagi memudahkan kerja-kerja mereka.


Sekian sahaja. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment