Thursday 28 April 2016

Ceramah di Kampung Mongkos








28 Apr 2016
Bersama calon DAP untuk Kedup Sdr Andrew Nyabe berceramah di Kampung Mongkos, Sarawak. Kampung ini hanya 2.5km dari sempadan Indonesia!

Wednesday 27 April 2016

Tuesday 5 April 2016

Ucapan Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong di Dewan Negeri Selangor pada 4 April 2016


Ucapan Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong semasa membahas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS) Berhubung “Kuantiti: Status Terkini Bekalan Air Mentah Dan Air Terawat Di Negeri Selangor, Status Projek-projek Aktif Dan Insiden Paip Pecah” yang dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bil 7 Tahun 2016 pada 4 April 2016:

Terima kasih Puan Speaker. Saya ingin menyentuh saranan jawatankuasa para 9.1 yang mana JPK-SAS mahu penggantian paip di 23 buah kawasan hotspot di mana dana telah diluluskan dengan serta merta.

Saranan ini bagus sekali memandangkan kelulusan sudah ada, apa nak tunggu lagi. Saya tidak pasti berapakah kawasan di antara 23 buah kawasan hotspot itu telah menjalankan kerja-kerja penggantian tetapi saya tahu satu dan hanya satu hotspot di kawasan DUN saya yang tersenarai dalam 23 buah kawasan itu belum melakukan sebarang penggantian. Saya harap Kerajaan Negeri mengambil berat saranan ini supaya kerja-kerja dimulakan dengan serta merta.

Puan Speaker, kes air pecah akan menyebabkan gangguan bekalan air dan memberikan implikasi yang besar kepada kehidupan seharian. Rakyat Selangor telah mengetahui Kerajaan Negeri mengambil alih SYABAS maka segala kerja-kerja SYABAS akan dikaitkan dengan Kerajaan Negeri.

Saya selalu ditanya oleh rakyat bilakan Kerajaan Negeri akan menggantikan paip yang usang di depan rumah mereka. Maka saya menyokong saranan jawatankuasa 9.2 iaitu Kerajaan Negeri hendaklah memastikan paip-paip lama di ke semua 84 hotspot yang telah dikenalpasti oleh SYABAS dalam masa satu (1) atau (2) tahun.

SYABAS perlu mempercepatkan kerja-kerja penggantian paip yang usang. Saya merujuk kepada para 7.6.1 penyata ini yang mengatakan hanya RM68 juta anggaran kos penggantian paip diluluskan untuk tahun 2016. Kalau setiap tahun meluluskan RM68 juta sahaja maka ia akan mengambil masa 8 hingga 9 tahun untuk menukar paip di 84 kawasan hotspot yang melibatkan 616.16 km.

Ini jauh berbeza dengan saranan jawatankuasa yang mahu penggantian dibuat dalam 2 tahun ini. Dengan ini saya berharap Kerajaan Negeri boleh meluluskan dana yang mencukupi untuk 84 kawasan hotspot ini supaya penggantian paip dilakukan dalam 2 tahun ini.

Sekian. Saya menyokong usul ini.