Monday 23 July 2018

Dalam Kenangan, Saudara Eddie Ng


Ramai orang menziarahi kamu dan menyampaikan salam takziah kepada ahli keluarga kamu dalam beberapa hari ini.

Saudara Tan Kok Wai mengesyorkan kamu dilantik sebagai Ahli Majlis untuk Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) pada tahun 2009 dan saya merupakan pemimpin DAP Selangor yang pertama bertemu dengan kamu. Kamu menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas-tugas Ahli Majlis dan belajar dengan pantas sekali. Saudari Teo Nie Ching berniat memberikan tugas yang lebih besar kepada kamu iaitu menjadi pemimpin seterusnya di kawasan DUN Balakong. Saya memaklumkan niat beliau kepada kamu dan menggalakkan kamu melanjutkan pelajaran dalam bidang yang kamu minati sebagai langkah melengkapkan diri untuk masa depan. Kamu memilih kursus ijazah pengurusan perniagaan. Saya dapat lihat ketekunan kamu belajar dan pada masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis.

3 cawangan DAP di Hulu Langat menubuhkan Dusun Tua Action Team dan kamu adalah ketua pasukan. Sejak itu kita sentiasa bersama bagi mempertahankan hak rakyat termasuk mendesak pembinaan SJKC Sungai Long, merayu Kerajaan BN hapuskan tol Lebuhraya Cheras-Kajang, menyertai Bersih 2.0 dan sebagainya.

Pada tahun 2013, kamu dihantar bertanding di DUN Balakong dan saya pula bertanding di DUN Kuala Kubu Bharu. Kita menang dan menjadi ADUN buat pertama kalinya. Selepas itu, kita sibuk dengan tugas masing-masing dan tidak seakrab dahulu. Saya masih ingat lagi, kamu menelefon saya pada April tahun ini. Kamu beritahu ingin sekali berkempen di DUN Kuala Kubu Bharu. Akan tetapi DAP mendapat satu kawasan DUN baru untuk ditandingi iaitu Dusun Tua. Kamu perlu memastikan calon Dusun Tua kita menang, maka tidak dapat datang berkempen di Kuala Kubu Bharu. Saya gembira dan terharu mendapat panggilan berkenaan, kerana kamu masih mengingati persahabatan kita.

Kita sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi masing-masing pada PRU ke-14. Saya mendapati kami duduk bersebelahan di Dewan Negeri Selangor semasa angkat sumpah sebagai ADUN yang mana kamu duduk di sebelah kanan saya. Saya sangka kita boleh bekerjasama dengan erat sekali lagi, namun tidak saya jangka hasrat ini sudah tidak mungkin ditunaikan. Semoga roh anda dirahmati oleh Tuhan, saya akan mengenang anda selama-lamanya - Saudara Eddie Ng.

这几天我们都来看你了,慰问你的家人。

2009年,陈国伟推荐你当加影市议员,我是第一个见你的雪州领袖。你认真的当市议员,而且学习进度很快。张念群有意让你接班无拉港州选区的领导,我转告你并鼓励你在接任前去修读你有兴趣的课程,先充实自己。你选修商业管理,我看到你很用功,同时又不忘了市议员的职务。我们成立杜顺达行动队,你担任大队长,我们就此形影不离的去捍卫人民的权益,包括双溪龙华小,废除蕉赖加影大道收费站,Bersih 2.0 等等。

2013年,你去守住无拉港; 我去攻打新古毛,我们成为新科州议员。我和你各忙各的,不再像以前那样密切工作。我记得你在今年4月的某一天打电话给我,你说你很想来新古毛助选,但党增加了一个杜顺达州议席,你需确保新人中选,无法上来新古毛。我高兴的放下电话,因为你有情有义。

509,我们再一次中选。宣誓就职那天才发现州议会安排我们坐在一起,你坐在我的右边。我以为今后我们又能密切的工作了,但没想到这已是不可能的事。你安息吧, 我会永远的怀念你 -- 黄田志