Sunday 11 August 2013

Cuti-cuti KKB


近来这几个周末,新古毛的茶餐店很多外客,显示越来越多人选择到新古毛游山玩水。谢谢大家!

Kedai-kedai makanan di Kuala Kubu Bharu penuh dengan orang ramai semasa hari cuti. Semakin ramai orang mengadakan program ‘cuti-cuti KKB’. Terima kasih!

Sunday 4 August 2013

Bandar yang PERTAMA dirancang oleh perancang di Malaysia -- KKB


Bandar Kuala Kubu Bharu adalah bandar yang PERTAMA dirancang oleh perancang di Malaysia pada tahun 1930.

Gambar di projektor skrin adalah perancang berkenaan, the man behind the masterpiece!

Saturday 3 August 2013

Cintai Bukit Kutu KKB


Cintai Bukit Kutu KKB

Pusat Khidmat saya akan menganjurkan program Cintai Bukit Kutu KKB pada 18 Ogos 2013. Peserta-peserta akan diberikan satu papan tanda “Jaga Kebersihan Cintakan Alam Sekitar” dan beg-beg mengisi sampah sebelum mendaki. Mereka dikehendaki mengantungkan papan tanda “Jaga Kebersihan Cintakan Alam Sekitar” di Bukit Kutu kemudian mengutip sampah yang ada di sekitarnya sebelum menurun bukit. Jadual-jadual program Cintai Bukit Kutu adalah seperti berikut:

a)   17 Ogos 2013 jam 10 malam berkumpul di pusat khidmat saya. Kumpulan ini akan bermalam di Bukit Kutu dan berpeluang melihat matahari terbit pada keesokan hari;

b)   18 Ogos 2013 jam 6 pagi berkumpul di pusat khidmat saya. Kumpulan ini boleh mendaki sampai kemuncak atau separuhnya;

c)   18 Ogos 2013 jam 10 pagi berkumpul di pusat khidmat saya. Kumpulan ini hanya sampai ke kawasan kebun orang asli yang dijangka mengambil masa 1.5 jam daripada kaki bukit. 

Sesiapa yang berminat sila daftar dengan En. Ku Keong 016-2387575, Cik Tenry Chang 017-2571398  dan En CL Lew 012-2867877 sebelum 15 Ogos 2013.

新古毛爱BUKIT KUTU 登山之旅

我的服务中心将在818日举办新古毛爱BUKIT KUTU 登山之旅。参加者在登山前将会获得一个印有Jaga Kebersihan Cintakan Alam Sekitar的牌子及装垃圾的袋子。他们登到最高处时就将Jaga Kebersihan Cintakan Alam Sekitar 吊在树上,然后在下山前捡周围的垃圾。有关行程如下:

a)   17/08/2013, 晚上10点在我的服务中心集合。这组将登到高点,明早看日出。
b)   18/08/2013, 早上6点在我的服务中心集合。这组将登到高点或半山。
c)    18/08/2013, 早上10 在我的服务中心集合。这组将从山脚往上行大约1小时半至原住民的果园。

有兴趣参加者请在815日前联络古贵强 016-2387575;张淑敏 017-2571398及刘紫良 012-2867877


Nota: Untuk sampai ke puncak Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang empat jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli Pertak. Pemandangan gambar ini adalah di Kampung Orang Asli Pertak.

Thursday 1 August 2013

Melawat Mangsa-Mangsa Kes Pecah Rumah Terancang










Melawat mangsa-mangsa kes pecah rumah terancang dalam tempoh 3 jam. 4 keluarga daripada 4 rumah di Kampung Gate, Kerling, DUN Kuala Kubu Bharu telah menjadi mangsa pencurian kes pecah rumah ini. Kini keselamatan awam di luar bandar terancam! Rakyat kecewa dan saya sedih. Kami desak tubuh IPCMC.