Tuesday 29 April 2014

You knock out one Karpal, a hundred Karpal Singhs will rise


You knock out one Karpal, a hundred Karpal Singhs will rise. 


你打倒一个卡巴星,将会有一百个卡巴星诞生。

Sunday 27 April 2014

Saturday 26 April 2014

“Wings of KKB 2014: Selangor Birds Race”








“Wings of KKB 2014: Selangor Birds Race” attracts 350 participants including those from Japan to learn about the the importance of preserving biodiversity through bird watching.

Friday 25 April 2014

Ucapan Ahli Dewan Negeri KKB semasa membahas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah



Ucapan Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong semasa membahas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT) yang dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bil 11 Tahun 2014 pada 18 April 2014:

Tuan Timbalan Speaker, Kuala Kubu Bharu mengucap taniah kepada JP-PADAT kerana berjaya membentangkan satu penyata yang tersusun, rapi, padat dan mengkagumkan. Mereka berjaya mengatasi cabaran cukup kuorum bermesyuarat sebanyak enam kali selepas perletakan jawatan saya. Dengan perlantikan YB Kinrara untuk menggantikan saya 2 hari yang lepas, maka kuorum bermesyuarat bukan lagi satu masalah yang besar dan ianya tidak akan menjadi masalah langsung jika YB Kuang dari Pembangkang juga selalu menghadiri mesyuarat.

Tuan Timbalan Speaker, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat sekalian kepada penemuan JP PADAT mengenai pentadbiran Pejabat Tanah dan Daerah dicadang agar diasingkan supaya kedua-dua pejabat ini dapat berfungsi dengan lebih efektif dan efisyen dalam menjalankan tugas masing-masing.

Adalah benar bahawa Pegawai Daerah memikul tanggungjawab dan tugas yang berat. Tambahan lagi Pegawai Daerah dikehendaki menghadiri mesyuarat dan program rasmi yang begitu banyak sepertimana JP PADAT dimaklumkan bahawa satu kajian mendapati Pegawai Daerah secara purata perlu menghadiri antara 500 hingga 600 mesyuarat atau program setiap tahun.

Tanggungjawab Pejabat Daerah dan Tanah di Selangor boleh dibahagikan kepada 2 aspek. Pertama ialah berkaitan dengan urusan tanah seperti pembangunan tanah, pemberian hak milik tanah, menguatkuasa undang-undang, pungutan cukai dan hasil berkaitan tanah. Kedua ialah urusan-urusan daerah seperti pentadbiran JKKK, projek pembangunan desa yang termasuk naiktaraf infrastruktur dan kemudahan sukan, begitu juga dengan program merakyatkan ekonomi, mengambil tindakan terhadap bencana alam, dan sebagainya.

Saya ingin memaklumkan kepada dewan yang mulia ini bahawa JP PADAT pernah meminta setiap pejabat daerah mengemukakan inventori mereka dan mendapati ada 3 Pejabat Daerah dan Tanah menyenggarakan lebih daripada 100 kemudahan-kemudahan awam seperti balairaya, dewan serbaguna dan gelanggang sukan.  Kerajaan Negeri selalu melaksanakan pembinaan kemudahan awam yang baru seperti 98 gelanggang futsal telah dibina dari tahun 2008 hingga 2013. Kemudahan awam yang dibina tentu ada sebahagiannya diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk penyenggaraan. Dengan ini kita boleh jangka kemudahan-kemudahan awam yang perlu diselenggarakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah pasti akan bertambah dari masa ke semasa.

Tuan Timbalan Speaker, tugas yang dipikul oleh Pegawai Daerah sebagai ketua di Pejabat Daerah dan Tanah merangkumi banyak fungsi. Ini termasuk mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) sekurang-kurangnya sekali sebulan sepertimana ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Ramai penduduk juga ingin berjumpa dengan Pegawai Daerah untuk mendapatkan keputusan mengenai sesuatu hal yang memerlukan kelulusan Pegawai Dearah.

Kesibukan kerjanya telah menyebabkan perhatiannya akan kurang kepada kemantapan struktur organisasi dan pengurusan sumber manusia yang cekap bagi Pejabat Daerah dan Tanah untuk memenuhi kehendak dan ekspetasi yang tinggi dari pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri.

Dalam keadaan yang sedemikian, saya berpendapat saranan JP PADAT iaitu Kerajaan Negeri harus meneliti semula idea mengenai pengasingan kuasa dan skop kerja Pejabat Daerah dan Tanah supaya satu solusi yang efektif dapat dilakukan bagi membendung masalah pengurusan di Pejabat Daerah dan tanah sekaligus berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang efisyen dan bertaraf antarabangsa kepada penduduk negeri Selangor selaras dengan status negeri maju adalah wajar.

Sekian. Kuala Kubu Bharu menyokong usul ini.

Thursday 24 April 2014

A tribute to Karpal Singh































A tribute to Karpal Singh at KLSCAH. Sdr Karpal, we miss you but we will always remember you!

在雪华堂向卡巴星致敬。