Projek
perintis cegah keciciran
WARTAWAN SINAR HARIAN
14 April 2014
KUALA KUBU BHARU - Anak-anak Orang Asli akan diberi
pendedahan khusus mengenai kepentingan pendidikan sebagai langkah membentuk
keinginan dan semangat mereka belajar.
Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, pendedahan itu dilakukan menerusi program Kelas Maju Diri yang dilaksanakan bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Ini projek perintis yang kita mulakan di Kampung Orang Asli Buluh Telor (KOABT) dan kita harap lebih ramai anak kampung ini terbela.
“Kita harap dengan kelas tambahan ini akan melahirkan lebih ramai mahasiswa pada masa akan datang sebab sudah ada dua anak kampung ini yang masuk universiti,” katanya ketika ditemui pada Program Kelas Maju Diri dan Jalinan Kasih semalam.
Turut serta, Batin KOABT, Harun Adan, Presiden Pertubuhan Amal Seri Sinar (PASS), Datuk Dr Eadon Ching Ten Song dan beberapa ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.
Kee Hiong berkata, program perintis itu akan berjalan selama tiga bulan dengan tajaandaripada PASS untuk elaun tenaga pengajar dan
keperluan pembelajaran.
Katanya, kelas tersebut bukan semata-mata berbentuk pembelajaran di dalam kelas malah memupuk kesedaran melalui teknik pengembangan minda untuk kecerdasan pemikiran mereka.
“Melalui pendedahan teknik ini mereka boleh berubah dan lebih positif untuk menerima pendidikan. Bukan setakat kelas tambahan untuk kerja sekolah tapi lebih daripada itu,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya projek perintis itu berjaya dan ada permintaan daripada kampung Orang Asli lain, maka ia akan teliti dengan bantuan ahli majlis untuk diperluaskan ke semua sekolah Dun Kuala Kubu Bharu.
Katanya, inisiatif itu juga usaha mengatasi kes keciciran pelajar. Sementara itu, Harun berkata, beliau berterima kasih kerana semua 26 anak KOABT akan terlibat dengan program tersebut.
“Saya berterima kasih sebab beri bantuan percuma. Saya nak bagi anak-anak kampung yang sekolah supaya belajar dan ada masa mengulang kaji pelajaran.
“Jangan sekolah anak-anak ini habis di sekolah rendah saja tapi biar sambung ke menengah dan terus ke universiti.
“Kita mahu anak kampung ini yang telah belajar ke universiti menjadi contoh sebab mungkin sekarang satu orang yang masuk universiti tapi yang kemudian hari 10 orang ikut jejak,” katanya.
Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, pendedahan itu dilakukan menerusi program Kelas Maju Diri yang dilaksanakan bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Ini projek perintis yang kita mulakan di Kampung Orang Asli Buluh Telor (KOABT) dan kita harap lebih ramai anak kampung ini terbela.
“Kita harap dengan kelas tambahan ini akan melahirkan lebih ramai mahasiswa pada masa akan datang sebab sudah ada dua anak kampung ini yang masuk universiti,” katanya ketika ditemui pada Program Kelas Maju Diri dan Jalinan Kasih semalam.
Turut serta, Batin KOABT, Harun Adan, Presiden Pertubuhan Amal Seri Sinar (PASS), Datuk Dr Eadon Ching Ten Song dan beberapa ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.
Kee Hiong berkata, program perintis itu akan berjalan selama tiga bulan dengan tajaan
Katanya, kelas tersebut bukan semata-mata berbentuk pembelajaran di dalam kelas malah memupuk kesedaran melalui teknik pengembangan minda untuk kecerdasan pemikiran mereka.
“Melalui pendedahan teknik ini mereka boleh berubah dan lebih positif untuk menerima pendidikan. Bukan setakat kelas tambahan untuk kerja sekolah tapi lebih daripada itu,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya projek perintis itu berjaya dan ada permintaan daripada kampung Orang Asli lain, maka ia akan teliti dengan bantuan ahli majlis untuk diperluaskan ke semua sekolah Dun Kuala Kubu Bharu.
Katanya, inisiatif itu juga usaha mengatasi kes keciciran pelajar. Sementara itu, Harun berkata, beliau berterima kasih kerana semua 26 anak KOABT akan terlibat dengan program tersebut.
“Saya berterima kasih sebab beri bantuan percuma. Saya nak bagi anak-anak kampung yang sekolah supaya belajar dan ada masa mengulang kaji pelajaran.
“Jangan sekolah anak-anak ini habis di sekolah rendah saja tapi biar sambung ke menengah dan terus ke universiti.
“Kita mahu anak kampung ini yang telah belajar ke universiti menjadi contoh sebab mungkin sekarang satu orang yang masuk universiti tapi yang kemudian hari 10 orang ikut jejak,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/projek-perintis-cegah-keciciran-1.270283
No comments:
Post a Comment