Monday 23 November 2015

探望行动党前秘书长郭金福


星期一那天,我和林立选等人到马六甲探望行动党前秘书长郭金福,他当时因新治疗法而突然发高烧,但仍然能和我们畅谈。

我在1993年认识郭金福,当时我在行动党总部上班,而他是全国组织秘书兼怡保兵如港国会议员。我们两人都来自马六甲,所以多了一份同乡之情。我记得他曾经委任我当党内一些行动委员会的协调员,而我做得很起劲,因为有他做我的后盾。

我们两个人都在1995年的大选中失利。后来我离职,随夫旅居几个海外城市;而他也到私人界发展,但在林冠英被判入狱后,他重新回到党总部,之后也接任秘书长之职。

我在2003年回到马来西亚,活跃在雪州行动党的州委会。2004年大选,我选择不参选但到怡保为老大林吉祥助选。林吉祥不负重望在怡保东区以9千多张多数票当选。正当我们兴高采烈时,却传来郭金福在马六甲败选,我们再也笑不出来了,大家有气无力的出现在计票中心。

郭金福退出政坛后,我们很少有机会碰面。这次回马六甲探望他,也安排了和小学老师及同学聚餐。我的一位老师就给了我以下的短讯:“继香同学: 您好。获悉您将探访郭金福, 顿时回忆先父曾宪成对郭同学的赞语。先父曾经是郭同学的小学老师, 他特别疼爱聪颖好学的金福。假如有机会的话, 请代我问候及传达迟来的赞美。谢谢您。 曾庆龄谨”

郭金福的确有很多过人之处是值得称赞的,他曾经在国会逼使首相马哈迪说出1999年大选前夕支持华团诉求是权宜之计,震撼华社。他当年对抗强权不屈服,而现在对抗癌症,我深信他不会屈服也不放棄。让我们祝福他早日康复!

Bersama Sdr Lim Lip Suan dan rakan-rakan melawat bekas Setiausaha Agung DAP Sdr Kerk Kim Hock di Melaka. Semoga beliau cepat sembuh!

16 Nov 2015

Thursday 19 November 2015

Teks ucapan perbahasan Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2016 oleh Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong di Dewan Negeri Selangor

Teks ucapan perbahasan Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2016 oleh Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong di Dewan Negeri Selangor pada 11 November 2015:

Terima kasih Puan Speaker yang memberikan peluang kepada saya untuk membahas Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2016. Saya mulakan dengan Pembangunan Luar Bandar muka surat 178 Vot P01 Kod Projek 02005 Kemudahan Awam Desa yang diperuntukan RM5 juta dan Kod Projek 02006 Naiktaraf Jalan Kampung yang diperuntukan RM10 juta.

Saya mempunyai pandangan yang berlainan dengan Yang Berhormat Permatang kali ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa berusaha untuk memastikan infrastruktur yang dinikmati oleh masyarakat luar bandar adalah setanding dengan masyarakat di bandar.

Walau bagaimanapun, saya dapati pengagihan peruntukan pembangunan desa mengikut daerah sangat tidak seimbang. Jawapan kepada pertanyaan bertulis saya yang diterima pada minggu lepas menunjukkan pada tahun 2015 ada daerah menerima peruntukan lebih daripada RM2 juta seperti kawasan Permatang dalam Daerah Kuala Selangor yang daerah ini menerima RM2.3 juta manakala ada daerah menerima kurang daripada RM1 juta seperti Daerah Kuala Langat hanya RM958,000.00 dan Daerah Hulu Selangor hanya RM654,000.00.

Jumlah untuk Daerah Hulu Selangor memang agak sedikit berbanding dengan daerah yang menerima peruntukan yang paling tinggi iaitu daerah Hulu Langat diperuntukkan RM2.85 juta. Saya harap perkara ini boleh dibetulkan pada tahun 2016 di mana Daerah Hulu Selangor diperuntukkan jumlah yang secukupnya untuk melaksanakan kerja-kerja infrastruktur terutamanya balairaya.

Untuk makluman dewan yang mulia ini, tiada kerja-kerja menaiktarafkan atau baik pulih balairaya dijalankan dengan peruntukan pembangunan desa ini pada tahun 2015. Ini bukan bermakna semua balairaya itu berada dalam keadaan yang baik. Ada banyak balairaya dalam keadaan yang agak teruk yang memang memerlukan peruntukan untuk memperbaiki. Dengan ini saya juga harap Kerajaan Negeri boleh menggunakan kaedah peruntukan MARRIS yang mana setiap DUN diminta menghantar senarai untuk kerja-kerja yang perlu dilaksanakan kepada pejabat daerah.  Ini adalah kerana setakat ini ADUN tidak pernah menerima sebarang surat daripada Kerajaan Negeri bagi mencadangkan senarai projek di bawah peruntukan Pembangunan Luar Bandar ini.

Ini berbeza dengan peruntukan MARRIS yang mana Pihak Berkuasa Tempatan akan mengadakan perbincangan khas dengan wakil setiap DUN bagi mengenalpasti senarai cadangan projek yang akan di pohon kepada pihak Kerajaan Negeri.

Puan Speaker, selain daripada itu saya juga berharap peruntukan kemudahan awam yang sebanyak RM 5 juta ini boleh digunakan untuk pembinaan lampu jalan. Saya ingin menyampaikan hasrat orang kampung kepada Kerajaan Negeri iaitu jalan kampung perlu ada lampu jalan. Saya pernah mendapat permintaan daripada satu mukim di Daerah Hulu Selangor yang memerlukan sebanyak 99 unit lampu jalan. Ini adalah permintaan satu mukim. Kalau satu Negeri Selangor memang banyak memandangkan Kerajaan Negeri telah membatalkan dasar 10 lampu jalan baru setiap tahun bagi setiap mukim.

Saya rasa permintaan lampu jalan di kawasan kampung bukan bawah jagaan JKR ataupun Pihak Berkuasa Tempatan adalah munasabah memandangkan kes samun juga berlaku di kawasan kampung sekarang. Dengan adanya lampu jalan maka penduduk kampung boleh berwaspada sekiranya terdapat orang yang tidak dikenali berada di kawasan kampung mereka.

Puan Speaker saya merujuk kepada muka surat 194, Vot P01 PK18 Kod Projek 18005 Urus Tadbir dan Pendemokrasian. Saya minta Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan ini dengan kerjasama Pengerusi JKKK yang dilantik sebagai Pembantu Pendaftar Pemilih menggerakkan kempen pendaftaran pengundi baru dan juga membuat bantahan kepada SPR jika mendapati alamat pengundi yang dimasukkan dalam senarai tambahan pengundi itu adalah diragui.

Puan Speaker saya balik kepada muka surat 189 Vot P01 PK13 Adat Melayu dan Warisan. Saya minta penjelasan Kerajaan Negeri yang menyenaraikan lima projek tapi semuanya hanya bagi token RM10 bagi tahun 2016. Saya amat berharap Kod 13003 Pembangunan Muzium Daerah ada peruntukan yang secukupnya untuk mewujudkan satu Muzium di Hulu Selangor yang kaya dengan sejarah.

Akhir sekali satu perkara yang saya ingin bangkitkan ialah muka surat 237 Kod Projek 04801 Menaiktaraf Persimpangan dan Mengganti Jambatan di Jalan Kuala Kali – Rasa (B115) ke Laluan Persekutuan 1, Seksyen 441.00 yang mana peruntukannya juga token RM10. Saya mengucapkan terima kasih walaupun token RM10.00 kerana pertama kali Kerajaan Negeri memasukkan projek itu dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Saya harap Kerajaan Negeri boleh melaksanakan secepat mungkin memandangkan kawasan itu sering berlaku kemalangan, saya yakin Kerajaan Negeri tidak akan menghampakan saya.


Sekian, terima kasih.

Sunday 8 November 2015

Solidariti bersama Sdr Lim Kit Siang













每个马来西亚人都想知道,26亿元的捐款去了那里。老大林吉祥被国会冻结6个月国会议员的资格后,衍生出来全国巡回演讲,质问26亿元的捐款及1MDB的数百亿元的下落,以及国阵如何掩盖真相,更是让许多人为黑暗的马来西亚而心焦。我把昨晚在双溪龙演讲会现场的一些照片,与大家分享。

黑暗中的马来西亚,有你站出来,光明的前程就不远了!

Solidariti bersama Sdr Lim Kit Siang untuk mengatasi Malaysia dalam kegelapan di Bandar Sungai Long, Kajang semalam.

Thursday 5 November 2015

Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong mengambil bahagian dalam perbahasan dalam peringkat jawatankuasa perbekalan kerajaan Selangor 2016 mengenai JKR Hulu Selangor


Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong mengambil bahagian dalam perbahasan dalam peringkat jawatankuasa perbekalan kerajaan Selangor 2016 mengenai JKR Hulu Selangor pada 5 November 2015. Teks ucapan adalah seperti berikut:

Tuan Pengerusi, saya rujuk kepada mukasurat 95 butiran 505800 JKR Hulu Selangor, kod objek yang sepatutnya ialah 30000 Aset tetapi tidak tertulis dalam butiran JKR Hulu Selangor seperti mana terdapat di butiran JKR Hulu Langat dan sebahagian JKR Daerah yang lain. Saya harap pada tahun depan kod ini boleh diselaraskan.

Saya pernah menanya melalui pertanyaan bertulis pada awal tahun ini mengenai jenis peralatan yang sedia ada seperti skylift dan sebagainya untuk penyelenggaraan jalan JKR di Hulu Selangor.

Jawapan yang diperolehi daripada pertanyaan bertulis tersebut ialah 5 jenis peralatan yang sedia ada adalah shovel (1 unit), Backhoe (2 unit), Tipper (2 unit), Flat Bottom (2 unit) dan Chainsaw (3 unit). Ini bermakna JKR Hulu Selangor tidak mempunyai skylift.

Tuan Pengerusi, skylift adalah satu peralatan yang penting bagi melakukan kerja-kerja in-house supaya pokok-pokok ditepi jalan JKR diselenggaraan dgn baik & tidak berlaku pokok tiba-tiba tumbang atau sering berlaku pokok menghalang laluan pengguna jalan raya.

Apatah lagi Jalan JKR di Hulu Selangor yang tepinya banyak pokok-pokok besar dan tua. Ini memang memerlukan skylift untuk kerja-kerja menebang dan mencantas pokok tersebut.

Saya harap Kerajaan Negeri boleh memperuntukan sejumlah wang untuk semua JKR daerah memiliki skylift bagi memudahkan kerja-kerja mereka.


Sekian sahaja. Terima kasih.

Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong mengambil bahagian dalam perbahasan dalam peringkat jawatankuasa perbekalan kerajaan Selangor 2016 mengenai Lembaga Urus Air Selangor


Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong mengambil bahagian dalam perbahasan dalam peringkat jawatankuasa perbekalan kerajaan Selangor 2016 mengenai Lembaga Urus Air Selangor pada 5 November 2015. Teks ucapan adalah seperti berikut:

Puan Pengerusi, saya rujuk kepada mukasurat 50 butiran 505000 Pentadbiran dan Kewangan, kod objek 42000 Pemberian Dalam Negeri. Saya ingin menyentuh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang diperuntukan RM 4.1 juta pada tahun 2016.

Kerajaan Negeri mengurangkan peruntukan sebanyak RM 600,000 kepada LUAS berbanding dengan tahun 2015. Saya tidak pasti pengurangan tersebut mempunyai kaitan dengan hasil langsung LUAS yang semakin bertambah atau tidak.  Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan LUAS yang berakhir pada 31 Disember 2014 menunjukkan bahawa caj abstraksi air sebagai hasil langsung yang utama bagi LUAS adalah RM5.58 juta pada tahun 2013 dan meningkat lebih daripada RM8 juta ke RM13.87 juta pada tahun 2014.

Puan Pengerusi, saya jangka caj abstraksi air akan meningkat lagi memandangkan semua pengusaha akuakultur air tawar telah dimaklumkan bahawa mereka akan dikenakan caj abstraksi air dengan kadar 5 sen bagi setiap meter padu.

Kumpulan Pengusaha Akuakultur Air Tawar Daerah Hulu Selangor membantah caj tersebut kerana kebanyakan pengusaha akuakultur terutamanya bumiputra yang menternak ikan air tawar dengan keluasan kurang daripada 8 hektar tidak mampu membayar beratus ribu setahun untuk caj tersebut. 

Saya mengambil contoh pengusaha yang mempunyai kolam ikan seluas 8 hektar. Berdasarkan pengiraan 5 sen setiap meter padu dan pengusaha menukar air setiap minggu maka caj abstraksi air adalah RM240,000 setahun.

Caj sebegini tidak dilaksanakan di negeri-negeri lain. Sekiranya ia dilaksanakan di Selangor maka pengusaha ikan air tawar secara kecil-kecilan tidak dapat menjual ikan mereka dengan harga pasaran yang sedia ada. Dalam keadaan yang sedemikian maka pengusaha kecil akan berhenti menternak ikan air tawar di mana akan menyebabkan pengurangan ikan di pasaran dan seterusnya harga ikan air tawar naik. Pada akhirnya ia lebih membebankan rakyat Selangor yang sedang menghadapi kenaikan harga barang ekoran GST dilaksanakan.

Saya harap Kerajaan Negeri mengambil langkah yang sewajarnya supaya ia tidak membebankan pengusaha dan juga pengguna.


Sekian sahaja. Terima kasih.

Wednesday 4 November 2015

Ucapan Perbahasan Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2016 Peringkat Dasar oleh ADN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong


Ucapan Perbahasan Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2016 Peringkat Dasar oleh ADN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong pada 3 November 2015 (Selasa) di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam:

Terima kasih kepada Puan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Ucapan Belanjawan Selangor 2016 yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar.

Puan Speaker, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dato’ Menteri Besar yang bersedia membelanjakan sejumlah RM2.88 billion pada tahun 2016 untuk melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan. Nisbah perbelanjaan mengurus berbanding pembangunan pada 50:50 merupakan satu rekod baru lagi memandangkan paras ideal ialah 60 untuk mengurus dan 40 untuk pembangunan.

Saya amat kagum dengan Belanjawan Negeri Selangor pada tahun ini yang bertemakan “Membangun Smart Selangor Yang Peduli”. Rakyat Selangor telah memberikan komen-komen positif terhadap belanjawan ini dan menyambut baik usaha untuk membangunkan Selangor sebagai Smart State bertaraf dunia.

Saya menyahut baik cadangan pemasangan 2,500 hotspot Wifi Smart Selangor menjelang Disember 2015. Saya berharap usaha pemasangan Wifi Smart Selangor akan diteruskan lagi pada tahun yang akan datang. Kerajaan Selangor perlu memasang banyak hotspot memandangkan permintaaan Wifi percuma adalah tinggi.

Kerajaan Singapura telah memasang 10,000 hotspot dan akan memasang lagi 10,000 hotspot pada tahun 2016 bagi mencapai jumlah 20,000 hotspot. Populasi penduduk Selangor agak sama dengan jumlah penduduk Singapura maka jumlah hotspot Wifi Smart Selangor tidak boleh jauh sangat ketinggalan dengan jumlah hotspot Wireless@SG.

Selain daripada penambahan hotspot, Kerajaan Selangor juga perlu memilih operator yang betul-betul layak dan boleh menjamin Wifi Smart Selangor sentiasa berfungsi dengan baik demi menjaga imej Smart Selangor.

Saya juga menyeru Kerajaan Pusat yang akan membelanjakan RM1.2 billion untuk tambah baik infrastruktur telekomunikasi pada tahun 2016 itu melibatkan semua kawasan di Selangor supaya kelajuan Wifi Smart Selangor boleh mencapai 30 Mbps.

Puan Speaker, kejayaan Kerajaan Selangor memiliki semula industri perkhidmatan air adalah satu kejayaan yang harus dipuji. Air Selangor Sdn Bhd dengan rasminya mengambil alih pengurusan operasi SYABAS dan Puncak Niaga Sdn Bhd mulai 15 Oktober 2015 adalah berita yang amat baik bagi rakyat Selangor.   

Saya pernah mengemukakan pertanyaan bertulis kepada Dewan yang mulia ini pada tahun 2013 mengenai paip perhubungan bekalan air yang usianya sudah lebih daripada 40 tahun di mana SYABAS mengawal tekanan air supaya ia tidak mudah pecah. Tindakan sedemikian telah menyebabkan penduduk tidak dapat menikmati bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan biasa.

Jawapan yang diberikan kepada saya pada masa itu ialah SYABAS telah dipertanggungjawabkan untuk membuat meneliti semula sistem agihan termasuk paip perhubungan yang berusia lebih 40 tahun. Cadangan penukaran paip perhubungan berusia lebih 40 tahun memang telah ada di dalam cadangan kerja-kerja pembangunan yang akan dilaksanakan oleh SYABAS menggunakan peruntukan CAPEX.

Akan tetapi jawapan daripada Dewan yang mulia ini tidak digunapakai di peringkat daerah. Pihak SYABAS peringkat daerah pula mengatakan mereka tidak akan tukar paip perhubungan bekalan air kerana penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor belum dimuktamadkan.

Perkara ini bertambah serious lagi apabila kes paip pecah sering berlaku di kawasan Kuala Kubu Bharu pada tahun ini. Ini telah menyebabkan penduduk selalu menghadapi ganguan bekalan air dan ini menyusahkan kehidupan biasa.

Sekarang penstrukturan semula industri perkhidmatan air telah dimuktamadkan maka saya amat berharap Kerajaan Negeri Selangor boleh menyediakan dasar bagi memastikan paip-paip perhubungan yang mudah pecah akan ditukar dengan cepat bagi menunjukkan kesungguhannya kita menuju ke Smart Selangor yang peduli.

Puan Speaker, cadangan Kerajaan Negeri mengenai Skim DanaSel dengan jumlah peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tahun 2016 bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah melalui kaedah Sewa-dan-Milik memang akan menerima sambutan yang baik.

Saya menyeru Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada bekas pekerja ladang yang tidak berkemampuan membeli rumah. Baru-baru ini, kawasan DUN Kuala Kubu Bharu dan DUN Permatang terdapat 84 bekas pekerja ladang dari Ladang Bukit Tagar, Ladang Minyak, Ladang Sg Tinggi dan lain-lain mengadu bahawa pemilik ladang yang baru tidak akan membenarkan mereka tinggal di rumah pekerja ladang tidak lama lagi.

Bekas pekerja ladang amat risau kerana mereka tidak mempunyai rumah di luar ladang. Usia mereka juga melebihi 55 tahun selepas bekerja di ladang berpuluh-puluh tahun. Saya berharap Kerajaan Negeri boleh mewujudkan satu dasar bagi membantu bekas pekerja ladang yang tidak berkemampuan mendapat tempat tinggal.

Puan Speaker, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato’ Menteri Besar yang bercadang menaiktaraf kemudahan sukan paragliding di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu sebagai persiapan Sukan SEA 2017 serta menarik pelancong sukan tersebut. Bukit Batu Pahat di Kuala Kubu Bharu yang mempunyai ketinggian kira-kira 427 meter (1,400 kaki) dari permukaan laut akan memberi pengalaman menarik bagi peminat sukan paragliding.

Malah tidak jauh dari bukit berkenaan, Taman Millenium yang mempunyai fasiliti mini stadium bersama padang terbuka di samping tasik berhampiran membuatkan peminat sukan paragliding tenang ketika mendarat. Saya bertemu dengan jaguh-jaguh dunia paragliding pada bulan Mei yang lalu. Mereka memuji Bukit Batu Pahat kerana ia adalah tempat yang paling sesuai untuk sukan udara ini. Budi bicara dan jasa baik YAB Dato Menteri Besar untuk membangunkan Bukit Batu Pahat akan sentiasa dikenang.


Puan Speaker,  Kuala Kubu Bharu mengakhiri ucapan dengan menyokong Belanjawan 2016 yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor. Sekian. Terima kasih.

Ucapan menyokong Usul No. 35 Tahun 2015 oleh Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong


Ucapan menyokong Usul No. 35 Tahun 2015 di bawah Peraturan Tetap 26 oleh Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong di Dewan Negeri Selangor pada 20 Ogos 2015:

Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker. saya tertarik dengan hujah daripada YB Damansara Utama yang membawa usul “Bahawasanya Dewan Yang Mulia ini mengesa Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan bahawa unit-unit integriti di jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor diberi kuasa yang bebas sepenuhnya daripada pengaruh eksekutif untuk meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawab pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor” yang menyatakan Kerajaan Negeri Selangor tidak boleh menunggu Kerajaan Persekutuan untuk membuat perubahan.

Langkah proaktif untuk meningkatkan ketulusan dan kebertanggungjawab pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor perlu diambil. Selangor adalah negeri yang termaju di Malaysia. Usaha memantau terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan keberkesanan pentadbiran juga mendahului negeri-negeri lain.

Saya mengambil contoh Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat di semua Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun 2009. Keistimewaan jawatankuasa tersebut ialah ia tidak melibatkan Dato’ Bandar ataupun Yang Dipertua PBT dalam jawatankuasa tersebut. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ahli Majlis.  Semua PBT memenuhi keperluan yang ditetapkan dalam pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor iaitu mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit ini sebanyak 3 kali setahun. Pada tahun 2013 ada PBT juga mengadakan mesyuarat lebih daripada 3 kali seperti MBSA 5 kali, MPPJ 9 kali, MPAJ 4 kali, MPSJ yang bertaraf 5 bintang 12 kali, MP Sepang 5 kali, MP Selayang juga 5 kali. Ini adalah satu contoh yang baik bagaimana Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain untuk berusaha dalam pemantauan dan sekarang juga kita lakukannya dalam unit integriti. Cadangan YB Damansara Utama untuk membebaskan unit integriti perlu diambil berat oleh Kerajaan Negeri. Biarkan kita menjadikan Negeri Selangor ini yang paling berintegriti di Malaysia.


Itu sahaja ucapan saya, saya menyokong usul tersebut.

Tuesday 3 November 2015

Ucapan menyokong Usul No. 34 Tahun 2015 oleh Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong


Ucapan menyokong Usul No. 34 Tahun 2015 di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong di Dewan Negeri Selangor pada 20 Ogos, 2015:

Terima kasih kepada Timbalan Tuan Speaker. Saya amat setuju dengan saranan keseluruhan dan saranan sokongan dalam Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bagi Dewan Negeri Selangor Berkenaan Dasar Pelaksanaan Perumahan Mampu Milik Dalam Membasmi Kemiskinan Di Negara Singapura . Saya ingin menyentuh tentang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor mengenai peranan mereka dalam menyusun dan menyebarkan maklumat di pasaran hartanah seperti disebut dalam saranan sokongan yang ke-9. Di Singapura, terdapat 80% penduduknya tinggal di rumah pangsapuri yang dibina oleh HDB. Di Selangor kita tidak tahu berapa % penduduk tinggal di pangsapuri akan tetapi saya yakin tidak setinggi 80%.

Tuan Timbalan Speaker. Kerajaan negeri telah mempunyai saranan untuk membina 35 ribu unit ‘Rumah Selangorku’ menjelang tahun 2018. Besar kemungkinan 35 ribu unit ini tidak mencukupi kerana nilai ringgit jatuh, akan menyebabkan kos rumah naik dan seterusnya ramai tidak mampu membeli rumah mewah. Dengan itu mereka memohon ‘Rumah Selangorku’.

Permohonan akan bertambah kepada ‘Rumah Selangorku’ ini juga akan memberi tugas berat kepada LPHS. Mereka menerima permohonan daripada semua daerah. Pemohon daripada Kuala Kubu Bharu tidak mungkin membeli ‘Rumah Selangorku’ di Dengkil dan pemohon di Sepang tidak mungkin membeli rumah di Serendah. Begitu juga dengan pemaju. Pemaju yang bergantung pada senarai nama pemohon daripada LPHS pula mengharap daripada LPHS boleh membekalkan senarai nama pemohon dengan kadar yang segera. Alasan pemaju sekiranya mereka tidak dapat menjual projek mereka dengan cepat maka mereka akan menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan projek tersebut.

Kita dapat lihat tanggungjawab yang amat berat yang dipikul oleh LPHS bagi memastikan kejayaan projek-projek ‘Rumah Selangorku’ untuk rakyat Selangor. Dengan ini adalah wajar kerajaan Selangor mengambil langkah bagi LPHS berfungsi dengan lebih berkesan bagi memastikan pemohon dapat ‘Rumah Selangorku’ di tempat pilihan yang sebenar. Pemaju juga tidak menghadapi kesulitan menjual “Rumah Selangorku’. Saya harap kerajaan boleh mengambil langkah yang sewajarnya.

Dengan itu saya menyokong usul ini.