我无意参选行动党中央执行委会会的选举。现阶段,我只想专注在新古毛选区,雪州行动党妇女组和雪州行动党州委会的工作。
我感謝那些提名我竞选的支部,而支持我的党员,对不起如果我的决定让大家失望了。🙏🙏
Friday, 4 December 2020
Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Kebangsaan
Thursday, 26 November 2020
Tangga warna pelangi Tokong Sze Yeah Kong
Tokong Sze Yeah Kong di Kuala Kubu Bharu mengecatkan tangga dengan warna pelangi. Ia menjadikan hubungan antara kaum lebih erat dan harmoni apabila kaum Melayu turut datang ambil gambar.
新古毛岳山古庙最近焕然一新,友族也前来拍照,打造和谐 社会。
新古毛岳山古庙最近焕然一新,友族也前来拍照,打造和谐
Saturday, 21 November 2020
Kawasan rentis talian penghantaran TNB untuk aktiviti tanaman kontan
Saya membangkitkan peranan pejabat daerah membenarkan kawasan rentis talian penghantaran TNB untuk aktiviti tanaman kontan di Sidang Dewan Negeri Selangor pada 6 Nov 2020.
Jawapan daripada Menteri Besar adalah seperti berikut:
"Terima kasih, untuk bawah rentis TNB ini memang telah ada peraturannya iaitu LPS (Lesen Pendudukan Sementara) ataupun tanah pemilikan sementara di antara tiga tahun untuk tanaman kontan dan sebagainya. Namun sebagaimana di bawah rentis TNB akhirnya TNB yang harus memberikan kebenaran dan kebenaran itu harus dipohon di Pejabat Tanah Daerah."
Monday, 4 November 2019
Ucapan Perbahasan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2020 Peringkat Dasar oleh ADN Kuala Kubu Bharu pada 04 November 2019
Ucapan Perbahasan Belanjawan Negeri Selangor Tahun
2020 Peringkat Dasar oleh ADN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong pada 04 November
2019 (Isnin) di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam:
Terima kasih kepada Tuan
Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam
perbahasan Ucapan Belanjawan 2020 Negeri Selangor yang dibentangkan oleh YAB
Dato’ Menteri Besar.
Tuan Speaker, saya
mengucapkan tahniah kepada Dato’ Menteri Besar yang berikrar untuk
menyumbangkan sejumlah 30% daripada KDNK negara menjelang 2030 berbanding
dengan 23% ketika ini. Ayat pertama yang muncul di fikiran saya bila Dato’
Menteri Besar sebut ini adalah “Selangor, negeri paling maju di Malaysia ”.
Sebagai negeri yang paling
maju, saya bersetuju dengan Dato’ Menteri Besar iaitu kemajuan dan pembangunan
perlulah disusuli dengan inisiatif-inisiatif jangka panjang yang berkesan dan
pembangunan tidak berertinya mengorbankan alam sekitar atau menyisihkan
kumpulan masyarakat tertentu.
Tuan speaker, Kerajaan Negeri
sentiasa prihatin dan tidak pernah meminggirkan golongan Orang Kurang Upaya
(OKU) dalam apa juga bentuk perancangan dan pembangunan negeri Selangor.
Dasar-dasar yang digubal atau dikemas kini juga sentiasa mengambil kira akan
keperluan golongan ini. Negeri Selangor telah menjadi negeri contoh dan rujukan
negeri lain
berkaitan perancangan dan
perlaksanaan program pembangunan untuk golongan OKU.
Saya ingin menyentuh satu
perkara yang menjadi kekangan yang sangat besar kepada OKU dan penjaga OKU
iaitu pelekat
parkir khas untuk OKU. Kita
tahu hanya kenderaan yang mempunyai pelekat OKU sahaja yang dibenarkan meletak
kenderaan di petak parkir OKU. Isu sekarang adalah adakah semua Pihak Berkuasa
Tempatan menyediakan pelekat khas untuk OKU atau penjaga OKU memohon pada
bila-bila masa?
Saya ingin memaklumkan kepada
Dewan yang mulia ini, hanya OKU yang tertentu sahaja mampu memandu kereta.
Lebih ramai OKU yang memerlukan penjagaan sepenuh dari orang lain. Dengan erti
kata yang lebih mudah, pelekat khas OKU ini lebih diperlukan oleh kenderaan
penjaga OKU yang membawa OKU bersama ke mana-mana juga untuk berbagai urusan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri perlu
memastikan semua Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan pelekat khas untuk OKU atau
penjaga OKU. Kerajaan Negeri juga perlu memastikan pelekat khas yang dikeluarkan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan boleh diguna pakai di seluruh petak parkir Negeri
Selangor dan tidak terhad kepada kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang
mengeluarkannya pelekat tersebut. Ini akan memudahkan kepada semua OKU atau penjaga
OKU untuk menjalankan urusan seharian di mana-mana tempat di Negeri Selangor.
Tuan Speaker, Skim Bantuan
Khas AnIS Selangor yang telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri telah menjadi satu
titik tolak ke arah pemberdayaan golongan OKU di Negeri Selangor. Sebagai
sebuah negeri perintis untuk skim seperti ini, ianya ‘dicemburui’ oleh golongan
OKU di negeri lain. Betapa bertuahnya golongan ini apabila Kerajaan Negeri
Selangor sentiasa mengambil berat akan hal kebajikan mereka.
Peruntukan RM500 ribu dalam
Belanjawan Selangor 2020 untuk Bantuan AnIS sangat dihargai. Bantuan seperti
ini sangat membantu OKU dan penjaga OKU dalam memenuhi keperluan mereka yang
kita semua sedia maklum agak mahal dan membebankan bagi keluarga yang kurang
berkemampuan. Tanpa meletakkan sebarang syarat pendapatan penjaga, hal ini
sangat dialu-alukan oleh penjaga OKU. Namun salah satu syarat yang tertera
untuk melayakkan permohonan Bantuan AnIS ini ialah berumur 18 tahun ke bawah
sahaja.
Saya meminta Kerajaan Negeri mengkaji
semula had
kelayakan umur bagi permohonan
bantuan tersebut. Sewajarnya tiada kelayakan had umur diletakkan sebagai syarat
permohonan. Anak istimewa tetap anak istimewa dan kecacatan mereka tidak boleh
pulih walaupun mereka semakin meningkat dewasa. Bahkan keperluan golongan OKU
ini semakin meningkat dan semakin mahal seiring dengan pertambahan usia mereka.
OKU yang berusia lebih 18 tahun juga perlu menjalani terapi yang berterusan
bagi meningkatkan kualiti hidup seharian mereka. Mereka juga memerlukan peralatan
dan keperluan lain seiring dengan pertambahan umur yang pastinya tidak sesuai
menggunakan peralatan yang tidak sepadan dengan usia mereka. Sebagai contoh,
jika dulu OKU ini memerlukan kerusi roda kanak-kanak yang khusus, kini kerusi
roda dewasa yang khusus yang bukan murah harganya. Jika dulu setin susu khas
boleh tahan seminggu, kini mungkin setin susu khas untuk tiga hari. Oleh yang
demikian saya mencadangkan had kelayakan umur ini dimansuhkan sebagai satu cara
membantu OKU menjalani kehidupan yang lebih baik lagi pada masa akan datang.
Tuan Speaker, ucapan Dato’
Menteri Besar ada menyebut Selangor akan terus menganjurkan Selangor
International Cyber Games 2020. Cyber Games ini telah diilhamkan oleh Dato’
Menteri Besar pada 6 tahun yang lalu dan sekarang Selangor adalah peneraju
bidang E Sukan di Malaysia.
Semalam, Dato’ Menteri Besar
dalam twitter berkata bahawa Kerajaan Negeri serius dalam membangunkan industri
E Sukan . Beliau akan memastikan sentiasa
terdapat bakat baru yang mampu diketengahkan sehingga ke peringkat
antarabangsa.
Komuniti E Sukan adalah
sangat besar di Malaysia .
Pusat E Sukan adalah tempat
yang penting bagi pemain berlatih untuk pertandingan kerana pusat E Sukan mempunyai komputer yang cukup dan berpretasi
tinggi untuk satu pasukan yang biasanya terdiri daripada 4 hingga 6 orang
berlatih. Pusat E Sukan juga boleh mengadakan kejohanan kecil bagi peminat E Sukan . Kejohanan kecil inilah yang merupakan cara yang
baik untuk pasukan profesional mencari bakat baru. Dengan ini, saya mendesak Kerajaan
Negeri bagi memastikan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor
mewujudkan lesen perniagaan kategori E Sukan supaya pihak swasta boleh
sama-sama membangunkan sukan ini.
Pertandingan E Sukan diadakan
di seluruh dunia dan kebanyakan pertandingan yang besar diadakan di Amerika Syarikat , Germany
dan China .
Oleh itu, kalau pemain E Sukan ingin menonton atau melayakkan diri dalam
pertandingan dunia, mereka terpaksa berdepan dengan komputer pada waktu selepas
jam 12 tengah malam disebabkan zon masa negara yang beza. Contohnya masa New York pada jam 3 petang adalah jam 3 pagi di Malaysia .
Pasukan Malaysia
yang mengambil bahagian dalam The International 2017: Southeast Asia Qualifier
pada tahun 2017 yang lalu kena berada di depan komputer pada jam 11 malam.
Oleh itu, Pihak Berkuasa
Tempatan perlu mempertimbangkan bagaimana membenarkan Pusat E Sukan beroperasi
24 jam supaya anak Selangor boleh mengambil bahagian dalam pertandingan
antarabangsa.
Tuan Speaker, sebelum saya
mengakhiri ucapan perbahasan, saya menyahut cadangan yang baik daripada Dato’
Menteri Besar iaitu meningkatkan elaun bulanan Ketua Komuniti India . Mereka akan
menerima elaun bulanan yang sama dengan Ketua Kampung Tradisi dan Ketua Kampung
Baru Cina iaitu sebanyak RM1,200 mulai Januari 2020. Dengan peningkatan elaun
bulanan ini, saya harap Kerajaan Negeri boleh mewujudkan struktur organisasi di
semua kawasan komuniti India
bagi membentuk jawatankuasa untuk ahli-ahlinya berfungsi dan berkhidmat seperti
AJK MPKK di Kampung Tradisi dan Kampung Baru Cina.
Tuan Speaker, saya mengakhiri
ucapan dengan menyokong Belanjawan Selangor 2020. Sekian, terima kasih.
Sunday, 7 July 2019
雪州政府会否将八打灵西路改名为V大卫路?
(新古毛7日讯)雪州行动党妇女组主席兼新古毛州议员李继香披露,她已经在本届雪州议会提出口头咨询,询问雪州政府会否将八打灵西路改名为V大卫路,以纪念这名为我国劳工运动立下多项功绩的领袖。
她透露,工运领袖从多年前开始就积极争取在八打灵西路改名为V大卫路,以纪念V大卫捍卫劳工权益的贡献,但一直都没获得回应。
“随着州务大臣阿米鲁丁日前建议将士马兀路改名为邱家金教授路,我希望雪州政府能一起将八打灵西路改名为V大卫路。我们今天能在5月1日劳动节享有假期,就是V大卫有份争取回来的其中一项重要福利,他对大马工运的贡献值得我们纪念。”
李继香今日发表文告透露,根据雪州议会本季的议程,州政府会在本月29日开始进行的议会中针对她的这项提问做出回应。
她表示,她个人全力支持雪州政府将八打灵西路更名为V大卫的建议,因为后者从一般工人到成为工运领袖及后更晋升为国会议员,这种不屈不挠努力向上,争取公义正义的精神就值得后背多多学习。
她说,在我国将路名更名为伟人名字是非常普遍的做法,这也是对伟人的一种肯定赞许,希望雪州能尽快将八打灵西路改名为V大卫路。
Cadangan menamakan semula Jalan Barat di Petaling Jaya kepada Jalan V. David
Kenyataan media Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Kuala
Kubu Baru merangkap Pengerusi Wanita DAP Selangor, Lee Kee Hiong pada 7 July
2019:
Saya telah menghantar pertanyaan mulut kepada Dewan Negeri
Selangor untuk mengetahui samada
Kerajaan Negeri Selangor berhasrat menamakan semula Jalan Barat di Petaling
Jaya kepada Jalan V. David bagi mengenang jasa dan bakti mendiang David S.
Vethamuthu.
Pihak kesatuan pekerja telah lama meminta penamaan semula
Jalan Barat di Petaling Jaya kepada Jalan V. David, namun tidak mendapat maklumbalas dari pihak
kerajaan Selangor.
V. David merupakan bekas Anggota Parlimen Damansara pada
1978 sebelum menjadi Ahli Parlimen Puchong selama dua penggal yang dimenanginya
pada pilihan raya umum 1986 dan 1990.
Berikutan pengumuman Menteri Besar YAB Amirudin Shari bahawa
Jalan Semangat telah dinamakan semula kepada Jalan Profesor Khoo Kay Kim, saya
berharap kerajaan negeri boleh turut menamakan semula Jalan Barat kepada Jalan
V. David.
Hasil perjuangan mendiang V. David yang kita semua nikmati
hari ini antaranya adalah cuti umum pada Hari Pekerja. Sumbangan dan bakti
mendiang kepada golongan pekerja dan negara harus diiktiraf.
Pertanyaan mulut saya telah dikemukakan melalui Portal Dewan
Negeri Selangor dan dijangka akan menerima jawapan dari kerajaan negeri apabila
Dewan Negeri Selangor kembali bersidang
pada 29 Julai ini.
Saya memang menyokong sepenuhnya cadangan menamakan semula
Jalan Barat dengan nama baru iaitu Jalan V. David kerana semangat perjuangan
mendiang V. David yang tinggi menegakkan keadilan patut dijadikan teladan oleh
kita semua.
Penamaan semula nama jalan sedia ada kepada nama tokoh
negara merupakan kebiasaan di negara ini, ia merupakan satu cara kita
menyanjungi bakti dan jasa tokoh yang telah meninggalkan kita. Saya berharap
Kerajaan Negeri Selangor boleh memenuhi permintaan ini secepat mungkin.
Monday, 25 March 2019
行动党雪州妇女组主席李继香谴责在槟城巴东拉浪区州议员章瑛服务中心喷射侮辱种族字眼的人士
(新古毛26日讯)行动党雪州妇女组主席李继香谴责在槟城巴东拉浪区州议员章瑛服务中心喷射侮辱种族字眼的人士。
也是新古毛州议员的她说,我国虽然奉行言论自由,但言论自由是有底线而且也必需在尊重他人的情况下发言,像这类躲在暗处对别人的攻击是小人的行为;倘若这些人觉得章瑛的言行有损他人或他族的权益,大可公开向章瑛挑战辩论甚至通过法律途径来对付章瑛。
“但这些人放弃正当的途径而选择以这种偷鸡摸狗的方式来表达心中的不满,证明了他们自己也不相信自己的信念,如果一个相信自己信念的人是不会在暗地里做出这种行为的。”
她指出,我国人民尤其是各族人民应该要在这时候共同谴责这类挑衅我国种族和谐的行为;马来西亚的种族和谐从独立初期的和睦融洽到目前的一直被有心人士挑衅不断被挑战,这是让人心酸及失望的。
“在新马来西亚的精神号召下,我希望各族人民能放下心中的偏见,敞开心胸,学习我们祖辈拥抱各族的精神,先从我们的邻居、同事开始多和友族沟通增进彼此的了解。”
李继香今日发表文告声援服务中心被有心人士破坏的章瑛。她表示,马来谚语Tak Kenal Maka Tak Cinta正好表达了马来西亚各族现在的窘境,因为各族人民之间缺乏交流而未能进一步了解,而让这些有心人士有机可趁,试图破坏我们越来越脆弱的种族和谐,因此呼吁全马各族人民与章瑛同在,共同对抗企图破坏我国和谐关系的有心人士。
Subscribe to:
Posts (Atom)





