Wednesday 21 June 2017

Minta PDRM siasat artikel @sarawak_report yg dakwa MCA terima RM13juta drpd @NajibRazak adalah berkaitan 1MDB


Lanjutan daripada laporan polis saya bertarikh 8 Jun 2017, saya telah mendapati mantan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memang pernah mengakui bahawa parti MCA menerima bantuan kewangan daripada Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 melalui satu laporan media Malaysiakini.com bertarikh 31 Oktober 2015 bertajuk "Soi Lek sheds light on where some of Najib's RM2.6b went" (http://www.malaysiakini.com/news/317926)

Datuk Seri Chua Soi Lek juga melalui satu laporan media Malaysiakini.com bertarikh 15 Jun 2017 bertajuk "Soi Lek lambasts 'small boy' DAP for 'spinning' RM10m issue" (http://www.malaysiakini.com/news/385674) pula tidak menolak pengakuan beliau mengenai MCA pernah menerima bantuan kewangan daripada Datuk Seri Najib Razak.


Hujah-hujah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tersebut merupakan bukti yang paling kukuh bahawa memang parti MCA termasuk MCA Selangor ada menerima bantuan kewangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau juga dilaporkan berkata bahawa beliaulah orang yang pertama dalam mesyuarat BN untuk mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak atas bantuan kewangan tersebut.

Selain daripada itu, Sarawak Report dalam artikelnya "Baseless Defamation? MCA Selangor Takes A Lonely Stance...." yang disiarkan pada 13 Jun 2017 (selepas penafian Bendahari MCA Selangor Loo Kooi Thiam bahawa MCA Selangor pernah menerima wang sejumlah RM10 juta daripada Datuk Seri Najib Razak) pula mengatakan "We would humbly point out that the information about the payments to MCA, which in fact amounted to at total of RM13 million between 2012-13, according to the figures we have, is part of a large body of data from Malaysia's official task force investigations into 1MDB, which has been widely quoted from and not just by Sarawak Report."

Maka saya membuat laporan polis buat kali kedua supaya PDRM boleh menjalankan siasatan lanjutan melalui bukti terbaru ini, iaitu berapakah bantuan kewangan yang diterima oleh MCA daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah berkaitan dengan 1MDB berikutan pengakuan Datuk Seri Chua Soi Lek. Saya juga meminta PDRM menyiasat artikel Sarawak Report yang bertajuk "Baseless Defamation? MCA Selangor Takes A Lonely Stance...." sama ada benar atau tidak bahawa MCA telah menerima RM13 juta daripada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu berkaitan 1MDB. Sekiranya benar, adakah transaksi itu mempunyai sebarang elemen jenayah dan rasuah?

第二次报案以提供更多的资料给警方调查马华拿了首相纳吉私人银行户口的钱是否来自 1MDB。

No comments:

Post a Comment