Friday, 14 August 2015

Majlis Pelancaran Buku mengenai Charles Reade oleh KLDin di KKB








Kuala Kubu Bharu mencipta sejarah lagi dengan mengadakan Majlis Pelancaran Buku mengenai Charles Reade hasil tulisan Kamaruldin Shamsuddin (KLDin) semalam.

Tetamu-tetamu dari Australia, Pulau Pinang, Taiping dan Kuala Lumpur telah memeriahkan Majlis Pelancaran tersebut.

Ini akan meletakkan Kuala Kubu Bharu dalam peta antarabangsa dunia sebagai warisan sejarah yang unik di rantau Asia. Buku "Town Planning British Malaya 1921-1929" ini juga adalah batu asas yang memungkinkan Kuala Kubu Bharu untuk layak diiktiraf sebagai warisan dunia/world heritage UNESCO.

Terima kasih kepada Persatuan Sejarah Kuala Kubu yang diketuai oleh Termizi Yaacob atas usaha mereka yang memadatkan sejarah Kuala Kubu lama dan Kuala Kubu Bharu.

No comments:

Post a Comment