Saya bersama pemohon-pemohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Danau, Kg Hassan melawat projek perumahan tersebut yang terdiri daripada 300 unit rumah teres 1 tingkat yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan. Semua rumah dan kemudahan awam seperti dewan, gelangang sukan telah siap dan memperolehi CCC pada 25 Julai 2013. Akan tetapi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sehingga kini masih belum mengumumkan sebarang mekanisme pengurusan penjualan PPR tersebut.
Pemohon-pemohon yang terdiri daripada penduduk-penduduk Kg Hassan, Ulu Bernam merupakan golongan berpendapatan rendah dan setinggan. Mereka sudah tunggu lebih daripada 18 bulan untuk dipilih membeli rumah PPR tersebut. Mereka tidak tahu mengapa begitu sudah untuk KPKT menentukan mekanisme penjualan PPR tersebut. Apatah lagi PM Najib pernah berjanji kepada mereka bahawa PPR tersebut adalah penempatan semula mereka semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor 2010.
Saya akan menulis surat kepada Menteri KPKT, Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk menyeru beliau mengambil berat terhadap isu ini. Penjualan PPR tersebut perlu dilakukan dengan cepat dan telus atas prinsip keprihatinan.
No comments:
Post a Comment