Thursday 8 November 2012

Ahli-Ahli Majlis DAP Selangor Menggesa Datuk Bandar Kuala Lumpur Meletak Jawatan Dengan Segera



AHLI-AHLI MAJLIS DAP SELANGOR MENGGESA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR MELETAK JAWATAN DENGAN SEGERA

Kenyataan bersama ahli-ahli majlis DAP Selangor pada 23 Mei 2012 di Kuala Lumpur:

Kami, ahli-ahli majlis DAP di PBT Selangor, memandang serious keputusan-keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur terhadap beberapa perkara yang berlaku baru-baru ini yang telah menjejaskan imej dan keyakinan pembayar cukai taksiran terhadap fungsi dan tugas kerajaan tempatan:

1.        Datuk Bandar Kuala Lumpur gagal mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja mengubah bentuk jalan di bawah penyelenggaraan DBKL dan mendirikan gerai burger di hadapan rumah Datuk S Ambiga - ini boleh disifatkan sebagai kelalaian dalam tugas.

2.        Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak membenarkan orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka untuk sama-sama menyuarakan tuntutan pilihnraya yang adil dan bersih, dan secara langsung telah menukarkan sesuatu yang “lawful” dan tindakan “patriotic” dijadikan “unlawful”.

Terdapat spekulasi mengatakan bahawa jika jawatan Datuk Bandar DBKL ini adalah dipilih oleh rakyat dan bukan dilantik oleh kerajaan BN, maka Dataran Merdeka sememangnya akan dibuka untuk perhimpunan aman Bersih3.0 pada 28 April 2012. Maka ini merupakan sebab yang sahih supaya dipulihkan pilihan raya kerajaan tempatan termasuk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Akibat dari menolak permohonan Bersih 3.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka pada 28hb April lepas, Datuk Bandar telah secara langsung menjadikan satu peristiwa yang aman dan pro-democracy bertukar menjadi "haram dan tidak aman".

Ini amat berbeza daripada apa yang berlaku di Pulau Pinang. YDP MPPP telah membenarkan Padang Kota digunakan oleh orang ramai untuk berhimpun secara aman pada 28hb April. Setelah selesai event berkenaan, para hadirin malah sempat dipesan oleh penganjur supaya sama-sama membersihkan padang sebelum bersurai. Ini telah menyenangkan kerja-kerja kutipan sampah dan langsung tidak membebankan PBT.

Kami mendapati keputusan-keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah malahan merumitkan keadaan, dan secara terang-terang bertentang dengan kehendak rakyat warga kota.

Maka kami menggesa supaya Datuk Bandar Kuala Lumpur meletak jawatan dengan segera. Kami juga menyeru kerajaan BN supaya meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi membolehkan Pilihan Raya Tempatan dipulihkan, bermula dengan pilihanraya di DBKL supaya rakyat ibu kota sempat memilih Datuk Bandar Kuala Lumpur yang benar-benar mewakili hasrat mereka.

No comments:

Post a Comment