Monday, 23 December 2013

Pemberian baucer BATA RM30 di DUN KKB







600 baucer "Kembali ke Sekolah" Kerajaan Selangor diberikan kepada murid-murid sekolah di DUN KKB untuk meringankan beban keluarga miskin.

Thursday, 19 December 2013

Bantuan pendidikan Kerajaan Selangor kepada SJKC








Kerajaan Selangor bagi RM1.33 juta bantuan pendidikan kepada 52 bua SJKC di Selangor.

Sunday, 8 December 2013

我家的蝴蝶兰又开花了!


新古毛的天气凉爽,我家的蝴蝶兰又开花了!

Wheather in KKB is cool and Phalaenopsis (moth orchid) at my home is blossoming!

Billboard of me promoting eco tourism of KKB


Billboard of me promoting eco tourism of KKB is being put up by Majlis Daerah Hulu Selangor at Jalan Pahang, Kuala Kubu Bharu.

View album: https://www.facebook.com/leekeehiong/media_set?set=a.10151537075439580.1073741868.728594579&type=3

Sunday, 1 December 2013

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kg Hassan, Hulu Selangor


Soalan saya mengenai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kg Hassan, Hulu Selangor di Dewan Negeri Selangor telah dijawab oleh YB Tuan Ir Iskandar bin Abdul Samad seperti berikut:

Untuk makluman YB, projek PPR Kg Hassan yang terdiri daripada 300 unit rumah teres 1 tingkat yang dibina di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Projek ini bermula pada 27 Julai 2011 dan telah memperolehi CCC pada 25 Julai 2013. Projek PPR ini telah diluluskan untuk dijual kepada golongan berpendapatan rendah terutamanya golongan setinggan di kawasan tersebut dalam usaha penempatan semula Peneroka Bandar di kawasan berkenaan. Pemilihan nama-nama pembeli yang layak dibuat oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Bagi Penjualan PPR Kg Hassan yang ditubuhkan bagi tujuan tersebut serta menentukan mekanisme pengurusan penjualan PPR berkaitan.

Untuk makluman YB, senarai nama Peneroka Bandar yang dikenal pasti telah mendapat pengesahan daripada Pejabat Tanah/Daerah Hulu Selangor dan proses pemindahan bergantung kepada keputusan akhir KPKT memandangkan projek tersebut dibina oleh Kerajaan Persekutuan.